“Ada seorang hamba melakukan perbuatan dosa, lalu berkata, 'Ya Tuhan, aku telah berbuat dosa, maka ampunilah dosaku.’ Allah pun mengampuninya.
Kemudian ia berbuat semena-mena dan berbuat dosa lagi. Ia berkata, ’Ya Tuhan aku telah berbuat dosa lagi, maka ampunilah dosaku.’ Allah pun mengampuninya.
Kemudian ia berbuat semena-mena dan berbuat dosa kembali, lalu berkata, ’Ya Tuhan aku telah berbuat dosa lagi, maka ampunilah dosaku.’ Maka Allah berkata, ’Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha Pengampun, dan dia meminta pengampunan. Aku telah mengampuni dosa hamba-Ku itu, sehingga ia melakukan perbuatan sesuka hatinya.’” [ Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim]
Hadith di atas bukan bererti izin dari Allah untuk melakukan dosa dan haram, melainkan menunjukkan bahawa Allah mengampuni dosa hamba-Nya selagi hamba itu segera meminta ampun setelah melakukan suatu dosa. [Al-Fawa’id, Ibnu Qayyim, ms. 18]
Mari bergegas menuju Allah dan masuk ke kampung damai tanpa bersusah payah dan tanpa berbelit-belit, melainkan melalui jalan paling dekat dan paling mudah. Kerana kamu berada pada suatu waktu di antara dua waktu, iaitu umurmu sekarang berada antara umur yang telah lalu dan yang akan datang.
Umurmu yang telah lalu boleh menjadi baik hanya dengan taubat, penyesalan dan memohon ampunan. Semua itu tidak sulit dan tidak rumit, ia hanya merupakan pekerjaan hati yang mudah dilakukan. [Al-Fawa’id, Ibnu Qayyim, ms. 128]
”Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” [ Hadith Riwayat Imam Bukhari ]
Di antara kita tentu mempunyai kenalan-kenalan yang telah kembali ke Rahmat Allah pada usia muda secara tiba-tiba. Semoga ia menjadi peringatan bahawa ajal itu bukan sesuatu yang hanya datang kepada warga tua.
Di dalam zaman yang penuh cabaran dan fitnah ini, kadangkala kita sebagai insan yang hina lagi serba lemah ini tergelincir dan terjatuh ke lembah dosa. “Susulilah perbuatan dosa dengan amalan baik, nescaya amalan baik itu akan memadamkannya...” [ Hadith Riwayat Imam Tirmizi & Ahmad ]
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, namun kami kaum muslim dan mukmin mati sewajarnya meninggalkan 3 perkara - sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh yang masih hidup dan anak-anak yang soleh.
Semoga hidup kita di dunia ini berakhir dengan penuh kebaikan dan keinsafan di jalan Allah, insyaAllah.
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” [ Hadith Riwayat Ibnu Sunni ]
*Ralat: Hadith ini dhaif (lemah). Sila rujuk ruangan komen artikel ini untuk keterangan lanjut.
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya! Masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam SyurgaKu! [Surah al-Fajr:27-30]
Kata ahli tafsir, ucapan dan panggilan ini akan berlaku ketika waktu hampir maut. [Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaily]

0 ulasan:
Post a Comment