Ads

Saturday, September 19, 2015

Kuliah Ustaz Dr. Hasnan. Kuliah Subuh

Pengenalan: dalam bab mengaminkan imam ada yang mendahului imam. Jangan mendahului imam.

Hadith nabi:

‎ إذا أمن الإمام فأمنوا فإنه من وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر له ما تقدم من ذنبه

"Apabila imam kata Amin maka hendaklah kamu turut serta menyebut Amin. Sesungguhnya siapa aminnya menepati Amin para malaikat, sama ada di kiri kanan atau di Langit, maka Allah ampunkan segala dosanya".

Hadith yg lain:

‎يا أيها الناس , إني إمامكم فلا تسبقوني بالركوع ولا بالسجود ، ولا ترفعوا رءوسكم ، فإني أراكم من أمامي ومن خلفي ، وأيم الذي نفس محمد بيده ، لو رأيتم ما رأيت لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا ، قالوا : يا رسول الله ، وما رأيت ؟ قال : رأيت الجنة والنار

 Dari Anas r.a., katanya : Pada suatu hari Rasulullah SAW solat mengimami kami. Setelah selesai solat baginda menghadapkan mukanya kepada kami lalu bersabda: "Wahai manusia! Aku ini imam kamu semua. Kerana itu janganlah mendahuluiku ketika rukuk, ketika sujud, ketika berdiri dan ketika menyudahi solat. Sesungguhnya aku melihat kamu ketika di hadapanku dan di belakangku. Demi Allah yang diri Muhammad berada di tangan-Nya, kalaulah kamu melihat apa yang kulihat, kamu akan sedikit tertawa, tetapi akan banyak menangis." Tanya mereka, "Apakah yang kamu lihat, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Aku melihat syurga dan neraka."

Kuliah pagi ini adalah mengenai Tafsir Surah Al-Hajj: 32-36.

Holy Quran Al-Hajj 22:32
------------------
ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

 - ذَٰلِكَ
 Demikianlah - iaitu sesuatu yg telah dinyatakan oleh Allah swt sebelum ini iaitu ibadah haji & Qurban.

يُعَظِّمْ - mengutamakan

Di dalam usul Fiqh: sesiapa yg mempunyai sumber wang yg lebih tetapi tidak melakukan ibadah Qurban maka mafhumnya ternafi sifat taqwa drpd mereka.

Holy Quran Al-Hajj 22:34
------------------
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ - Dan bagi Setiap Ummat, Allah mengutuskan rasul/nabi

مَنسَكًا- Qurban atau cara ibadah.
Sesungguhnya solatku - nusuki

Tujuan qurban:
A. Utk dia ingat kpd Allah swt atas rezeki2 yg Allah swt kurniakan (لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم)
B. Antara rezeki yg dikurniakan Allah ialah rezeki drpd binatang ternakan (مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ)
C. Ingat bahawa Allah swt telah memberi rezeki kod kamu & memberi nikmat yg banyak maka buktikan dengan mengesakan Allah swt (فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ) maka kpd Allah kamu berserah diri dgn mendirikan solat eidul adha & ibadah Qurban. Allah yg Esa memerintahkan kita utk tunduk patuh berserah diri kpd Allah swt.
D. Beri berita gembira kpd mereka yg melaksanakan apa yg diperintahkan Allah swt (وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ). Punca berita gembira : solat eidul adha bersama khutbah & Qurban. Sifat mukhbitin: berhenti melakukan Apa Jia kerja ketika mendengar azan

Holy Quran Al-Hajj 22:35
------------------
‎الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

Sifat org tunduk patuh kpd Allah swt.
A. Gementar hati mereka apabila Nama Allah disebut (وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ )
B. Sabar dgn ujian Allah swt (وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ )
C. Mendirikan solat (وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ)
D. Org yg taat ini sebahagian drpd rezeki dibelanjakan utk melakukan Qurban (وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ)

Holy Quran Al-Hajj 22:36
------------------
‎وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

A. Tujuan Allah berikan rezeki itu ialah utk kamu gunakan rezeki itu utk menghidupkan syiar Allah. Kerana Allah swt yg memberi milik rezeki kpd kita. Keutamaan dalam Qurban ialah unta

B. Apabila kita gunakan sebahagian drpd rezeki Allah itu utk Qurban atau ibadah yg lain maka Akan beroleh kebaikan. Harta yg dibelanjakan utk Qurban & baki harta yg tinggal Akan diberkati Allah swt. Jika tidak digunakan sebahagian drpd harta untuk Jalan Allah maka tiada keberkatan kpd harta atau rezeki yg dikurniakan Allah swt

C. Untuk mendapat berkat rezeki: berbelanja ke Jalan Allah termasuk ibadah Qurban

D. Banyak menyebut Nama Allah.

E. Sunat org yg berqurban menyebelihnya sendiri. Maksud menyembelih - menyenglenggara sembelihan Qurban. Sunat disembelih di perkarangan Rumah masing2 tetapi Ada keuzuran undang2. Upah Qurban mesti selain drpd daging Qurban. Sempurna Qurban: sembelih sendiri, kalau tak boleh wakilkan. Disunatkan org yg tidak menyembelih melihat sembelihan Qurban mereka. Ini adalah perintah nabi kepada Fatimah. Kalau boleh agihkan daging Qurban sendiri

F. Apa perlu dibuat dgn daging? Sunat makan sedikit daging Qurban dalam 1/3. Selebihnya disedekahkan. Beri makan kpd faqir miskin yg tidak hadir kerana tidak mahu meminta-minta. Mesti sampai daging Qurban ke tangan faqir. Sekurang-kurangnya 1/3. Faqir boleh jual daging yg diterimanya. Al-mu'tar - org yg berziarah dtg ketika ibadah Qurban. Hukumnya harus utk memberi daging Qurban kpd mereka. Daging Qurban yg diterima itu bukan milik kita, daging yg diberikan orang lain - tiada kuasa utk pindahmilikkan daging tersebut. Kecuali diwakilkan urusetia utk diagih-agihkan. Seafdal-afdal agihan Qurban ialah semuanya disedekahkan kecuali beberapa suapan drpd daging yg dimasak sebagai sunat utk dimakan. Harus utk org kaya makan sedikit drpd masakan Qurban.

Disebutkan dalam hadits dari Ibnu Abbas menerangkan qurban Rasulullah SAW bersabda:
“Sepertiga untuk memberi makan keluarganya, sepertiga untuk para tetangga yang fakir miskin dan sepertiga untuk disedekahkan kepada yang meminta-minta” (HR Abu Musa Al-Asfahani).

G. Demikianlah Allah mempermudahkan urusan melakukan ibadah Qurban semoga kita bersyukur.

Holy Quran Al-Hajj 22:37
------------------
‎لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

A. Akan tetapi yg sampai kpd Allah adalah taqwa kpd Allah swt.


Hadith nabi:
Wahai Fatimah, bangkit dan saksikanlah penyembelihan qurbanmu, karena sesungguhnya Allah mengampunimu setiap dosa yang dilakukan dari awal titisan darah qurban, dan katakanlah:” Sesungguhnya solatku, ibadah (qurban) ku, hidupku dan matiku lillahi rabbil ‘alamiin, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan oleh karena itu aku diperintahkan, dan aku termasuk orang yang paling awal berserah diri” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
(NOTA: menurut Syeikh Nasruddin Al-Albani Hadith ini adalah dhaif).

Sempurna melakukan sembelihan Qurban hendaklah Salah seorang drpd peserta berdu'a kpd Allah swt: "Ya Allah selesai ibadah Qurban kami, darahnya telah menitik ke bumi, maka gugurkanlah dosa2 kami".

Rasulullah s.a.w. bersabda;
‎مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

B. Berkaitan dgn ayat 32, Qurban ini sebagai tanda bukti taqwa kpd Allah. Bertakbir membesarkan Allah swt.

C. Bersyukur di atas hidayah yg diberikan Allah swt. Berita gembira kpd mereka yg berqurban. Iaitu kaum muhsinin. Terlalu besar kerugian tidak berqurban terutamanya bagi yg berkemampuan.

Du'a akhir Kuliah:

Ya Allah pada ini jika kami telah melakukan dosa maka ampunilah kami

Sekiranya kami pernah meninggalkan perkara2 yg wajib, tolonglah ampunkan dosa kami

Sekiranya kami pernah melakukan dosa secara bersembunyi dan org tidak melihatnya, ampunkan dosa kami

Sekiranya kami pernah melakukan dosa secara terang2, di hadapan orang, ampunilah dosa2 kami

Sekiranya kami tidak perasan perkataan & perbuatan itu sebagai dosa, sedangkan Engkau menghitungnya sebagai dosa, ampunkan dosa kami

Ya Allah, di akhirat kelak janganlah Engkau hina kami dengan siksaan disebabkan dosa2 yg kami lakukan di dunia ini, oleh itu ya Allah ampunkan dosa kami keseluruhannya, begitu juga ampunkan dosa kedua ibu bapa kami & ahli keluarga kami

Janganlah Engkau hina kami dengan siksaan api neraka kerana Engkau Allah yg Maha merahmati kami ya Allah

‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

Catatan Dr Mohd Pisal 
Intisari Kuliah Ustaz Dr. Hasnan. Kuliah Subuh. September 20, 2015
Masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra Bangi

Tarbiyatul Aulad Fil Islam

Kitab: Tarbiyatul Aulad Fil Islam

Komentar awal. Bersyukur kpd Allah swt kerana kita dapat sama2 mendirikan solat fajr secara berjamaah di masjid. Firman Allah At-Taubah: 18. 

‎إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Sambungan drpd Kuliah yg lepas. Mukasurat: 17

Ciri2 pemilihan pasangan:

A. Agama - zuriat yg dilahirkan adalah mewari sifat2 ibu bapa - Iman tidak dapat diwarisi - tetapi pasangan yg mempunyai pegangan agama yg kuat mengharapkan anak2 yg Soleh
B. Pemilihan berasaskan asal keturunan & kemuliaan - pasangan drpd keluarga yg dikenali latar belakang agamanya. Mengikut nabi pernah menyebutkan bahawa manusia itu ibarat logam. Manusia itu berbeza drpd tahap kehinaan & kemuliaannya. Kebaikan & kejahatan. 

Jangan terpedaya dgn kecantikan sesaorang tetapi dikelilingi persekitaran yg tidak sihat yg boleh mencorakkan sahsiahnya. 

Memilih wanita yg mampu melahirkan Anak yg baik Dan Soleh. "Memilih tempat yg baik untuk meletakkan benih" - Maksud Hadith. 

Mencari pasangan yg dijaga & dibesarkan oleh keluarga yg Soleh Dan bukannya drpd keluarga toleh (lawan Soleh). Dibesarkan di dalam persekitaran yg baik & mulia. Menjauhi keluarga yg tidak baik asal usulnya. 

Saidina Umar al-Khattab menyatakan hak Ayah kpd anaknya "hendaklah dia pandai memilih ibunya, memilih nama yg baik untuknya, & mengajarnya Al-Quran". 

Kesilapan di dalam memilih pasangan & menghasilkan anak yg tidak Soleh 

C. Tidak memilih pasangan yg mempunyai pertalian darah - bukan larangan yg mutlak, kalau boleh dielakkan. Jauh drpd pertalian keluarga utk mengelakkan penyakit & kecacatan keturunan. Pasangan yg tidak mempunyai pertalian darah boleh mendapat anak yg bijak. Pasangan yg jauh juga meramaikan lagi ahli keluarga & mengukuhkan hubungan sosial dalam masyarakat. 

D. Mengutamakan gadis - disebabkan beberapa hikmah seperti Memelihara keluarga drpd persengketaan, kegawatan, & permusuhan. Juga dpt mengeratkan bibit2 percintaan kerana itu adalah cintanya yg pertama. Wanita janda mungkin tidak mendapat kemanisan yg sempurna kerana telah berpengalaman drpd suami dahulu. Menurut Hadith drpd Jabir mengahwini janda dlm keadaan tertentu adalah lebih baik kerana kepentingan keluarga. Saling bantu membantu & tolong menolong. Contohnya mempunyai anak2 atau adik beradik yg ramai. Jadi perlu kebijaksanaan dlm memilih pasangan. Firman Allah swt dalam Surah At-Taubah:2 (وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa

Catatan Dr Mohd Pisal 
Ustaz Anuar Hasin. Kuliah Subuh. September 19, 2015
Masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra Bangi

Iman & Manusia

M.s. 46. Perkara 37

A. Tidak sama org2 yg melakukan kebaikan dgn mereka yg melakukan kejahatan 

Holy Quran Sad 38:28
------------------
‎أَمْ نَجْعَلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَالْمُفْسِدِينَ فِي الْأَرْضِ أَمْ نَجْعَلُ الْمُتَّقِينَ كَالْفُجَّارِ

Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?

Holy Quran Al-Jathiyah 45:21
------------------
‎أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.


Holy Quran al-Jathiyah 45:22
------------------
‎وَخَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Secara fizikalnya mungkin nampak sama, tetapi di sisi Allah swt ianya tidak sama. Sesuatu Amal yg dilakukan adalah Ikhlas kerana Allah swt bukannya kerana manusia. Mencari redha & kerberkatan drpd Allah swt. Redha - menerima sesuatu setelah berusaha sebaiknya. Mecari redha Allah itu perlu hidup yg berkat. Bekerja dgn Ikhlas, dan usaha sungguh2 utk membawa pula get rezeki yg halal. Hidup perlu mendapat keberkatan & keredhaan drpd Allah swt. 

Bagi yg tidak beriman tiada istilah berkat di dalam hidup mereka. Maka tiada redha Allah swt. Walaupun di dunia kaya raya kerana mendapat sifat ar-rahman Allah swt tetapi tidak mendapat sifat ar-Rahim - kasih sayang Allah swt. 

Allah swt menyatakan adakah sama org yg taqwa dgn yg melakukan kejahatan. Ada beza org yg membuat kebaikan dan org yg bertaqwa. Taqwa itu membuat kebaikan tanpa menyebut-nyebut perbuatan tersebut. 

Tidak sama kesudahan atau kematian org2 yg mengamalkan kejahatan di dunia ini. Jawapan kpd Surah Al-Jathiyah:21-22 itu terkandung sebahgiannya dlm ayat berikut. 

Holy Quran Al-Mukminun 23:99
------------------
‎حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

Holy Quran Al-Mukminun 23:100
------------------
‎لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Holy Quran As-Sajadah 32:12
------------------
‎وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Holy Quran Yasin 36:52
------------------
‎قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَن بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَامَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

Apakah Maksud kematian? Berpisahnya ruh dgn jasad. Ruh berpisah dgn jasad dua kali:
1. Ketika berada di dalam ruh (أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا )
2. Apabila ruh berpisah dgn jasad ketika menghadapi kematian. 

Du'a kita setiap hari:
‎اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Mati dgn redha Allah. Hidup kita mencari redha Allah. Rezeki yg diberkati. 

Ayat 21 Surah Al-Jathiyah menyatakan bahawa Allah menciptakan Langit & bumi, maka di dunia ini adalah peluang utk kita meraih melakukan kebaikan. Kita mati meninggalkan tiga perkara:

1. Anak Soleh yg mendu'akan kita. Kita berdu'a agar kita dikurniakan anak2 yg soleh yg mendu'akan kita setelah kematian kita. 

2. Amal Soleh yg bermanfaat kpd ummah. Ummat Islam kena menjadi Ummat yg mencipta Dan bukannya pengguna. Contohnya kehebatan Marco Polo tidak dapat menandingi kehebatan ilmu pelayaran Ibnu Bathutah. Tiada jaminan utk kita dpt perkara (1) & (2)

3. Sedeqah jariah. Waqaf. Peluang utk semua kita boleh lakukan Walaupun sedikit demi sedikit & secara berterusan. Perkara yg boleh kita buat ketika kita masih hidup. Sebagai bekalan utk alam barhzak. 

B. Tidak Sulit bagi Allah utk membangkitkan manusia yg telah mati. 

Holy Quran Ar-Rum 30:27
------------------
‎وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ ۚ وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Holy Quran Al-Ahqaf 46:33
------------------
‎أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَمْ يَعْيَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَادِرٍ عَلَىٰ أَن يُحْيِيَ الْمَوْتَىٰ ۚ بَلَىٰ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya - berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Penciptaaan dan menghidupkan semula manusia yg mati itu sangat mudah bagi Allah swt. Penciptaaan Allah itu Maha hebat. 

Allah swt tidak pernah merasa letih & tidak merasa jemu di dalam Penciptaaan Nya. Sangat mudah bagi Allah swt. Kepada ahli tasauf melihat kejadian bumi dan makhluk yg lain sebagai tanda2 kebesaran Allah swt. Kehebatan Alam yg dicipta Allah swt sepatutnya mengukuhkan keimanan kita. 

Next. Page 48. Item 39.

catatan Dr Mohd Pisal

Kuliah Maghrib. 18 September 2015 
Tajuk: Iman & Manusia

300 Hadith Bimbingan

Ustaz sampai lewat dah bersolat di saf ke 7 drpd 8 saf. Jadi ada lebih kurang 400 jemaah termasuk kanak2 & masjid kita mengikut sunat rasulullah dgn tidak mengasingkan kanak2 dan dewasa

Kuliah ini berdasarkan 300 Hadith Bimbingan yg sahih yg yg susun oleh Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Hadith sahih yg terpenting dlm memahami agama Allah swt. 

Bab 1: kelebihan ilmu & ulama (plural drpd 'alim - orang yg berilmu)

Hadith 1: Niat - Permulaan Segala Amalan

‏عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. 

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - 'Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Riwayat Bukhari & Muslim. Juga terdapat di dalam Hadith 40 An-Nawawi. Kitab 40 Hadith itu memustkan 42 Hadith. Karya yg disambung drpd ulama bernama Ibn Solah yg sempat mengumpul 25-26 Hadith. Hidup kita kurun ke 3 atau 4. Lebih kurang 200 tahun kemudian menyambung ulama imam Hambali bernama Ibn Rajab. Beliau menyambung & mensyarahkan Hadith 40 an-Nawawi kpd 50 Hadith. 

Diriwayatkan Umar Ibn Khattab dgn gelaran Amirul Mukminin Ketua orang2 mukminin. Umar dipanggil Wahai Pengganti kpd Pengganti Rusulullah. Khalifah pertama, Abu Bakr hanya menggunakan gelaran Khalifah sahaja. Gelaran kpd Saidina Abu Bakar ialah Pengganti kpd Rasulullah. Selepas Umar, semua khalifah menggunakan gelaran amirul mukminin. Tetapi mashur gelaran ini kpd Umar. 

Saidina Umar ini terkenal dengan ketegasan beliau tetapi pernah menangis sehingga membasahi janggutnya kerana ditegur seorang yg berumur (peringkat Pak Cik). Supaya mengambil peduli kebsjikan ibu2 tunggal. Umar menjawab: jika aku tidak mengambil peduli Apa kamu nak buat? Pak Cik itu menjawab: Aku Akan mengheret kamu di hadapan Allah Dan Aku menjadi saksi kamu pemimpin yg mengabaikan kebajikan rakyat. 

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ - hanya senya amalan2 itu adalah dinilai dgn niat. Hanya senya Setiap drpd perkara itu dinilai berdasarkan drpd Apa yg diniatkan

Tiga pendapat atau tafsiran ulama mengenai niat:
A. Setiap Amalan syarak berbentuk ibadat mesti hadir dgn niat. Contohnya: Puasa, zakat, hadas besar, solat, wuduk, etc mesti bermula dgn niat. Contoh: zakat itu mesti hadir dgn niat utk melakukan zakat, tanpa hadirnya niat ianya Akan menjadi sedeqah biasa. Bukan zakat. 

Para ulama sepakat bahawa niat itu terkandung di dalam hati. Apa yg terkandung di dalam hati kita adalah niat. Nabi tidak pernah melafaz niat kecuali dalam (I) haji & umrah & (II) ibadah Qurban. 

Ibn Qayyim Al-Jauzi dlm perjalanan drpd Damsyik ke Mekkah menaiki unta mengarang kitab 4 jilid yg berdasarkan hafalan sahaja. Keberkatan usia yg diberikan Allah swt. 

Dalam mazhab Hanafi - apabila sampai waktu Qurban simpanan tidak cukup, maka dia tidak wajib Qurban. Kerana Qurban pada mazhab Hanafi adalah wajib. Jika umat tidak mampu maka mereka telah melakukan Qurban dgn Apa yg mereka Ada. Kaedah Fiqh: jika kita melakukan Qurban maka termasuk tanggungan kita. Amalan kita yg bertentangan dgn sunah - memasukkan nama2 yg mukallaf yg ibadah Qurban tidak dituntut ke atas mereka. 

Ada ulama berpendapat kedua lafaz ibadah haji & umrah serta Qurban adalah menyahut seruan Allah swt dan bukannya lafaz niat. 

Kesimpulan: kesemua ibadah syarak tertakluk kpd niat. 

B. Tidak tertakluk kod ibadah khusus sahaja tetapi termasuk semua perbuatan yg umum kita seperti bersedekah perlu niat. 

C. Setiap ibadah itu Akan diganjari Allah swt berdasarkan apa yg diniatkannya. Contoh: keluar bekerja pada Setiap hari - dan berniatkan sesuatu yg baik maka ia Akan mendapat ganjaran drpd Allah swt. 

Menurut imam Shafie Hadith ini merangkumi 1/3 drpd agama (ilmu). Hadith itu termasuk di dalam 70 bab dlm Fiqh. 
Tiga bahagian agama:
A. Fi'liah - Perbuatan seperti solat, puasa
B. Qauliah - perkataan yg perlu dilafazkan dgn lisan. Contohnya: solat, zikir, membaca al-Quran etc. 
C. Ibadah yg berbentuk rohani - dalam hati

Maka Hadith ini adalah 1/3 drpd agama atau ilmu. Menentukan penerimaan Allah terhadap amalan kita. Menurut ulama, Niat sesaorang mukmin itu lebih baik drpd amalan. Ramai drpd kita berniatkan melakukan kebaikan tetapi tidak mampu melakukannya atau melaksanakannya. 

Abdullah bin Mubarak - seorang yg kaya & seorang Alim & ulama Hadith. Apabila Aku bandingkan ibadatku dgn org yg melakukan jihad ibadatku ini seperti main2 sahaja. Sesuatu perkara yg kecil itu menjadi besar kerana niat yg dilakukan. Kemungkinan perkara yg besar menjadi kecil di sisi Allah kerana niat yg salah. 

Kisah lelaki yg dimasukkan ke Syurga kerana alihkan kayu di Jalan kerana niatnya memudahkan org melakukan ibadah. 

Soalan: mana lebih utama infaq ke masjid atau mendirikan Rumah imam? Mengikut keperluan. Keperluan masjid adalah lebih utama

Saidina Umar Al-Khattab pernah dihadiahkan tanah Khaibar tanah milik yahudi yg sangat Tinggi nilainya. Beliau gusar bahawa tanah itu adalah paling berharga di kawasan itu. Beliau menggeletar kerana bimbang beliau Akan menjadi orang yg paling kaya di madinah. Saidina Umar telah membahagikan tanah ini kpd penduduk penduduk madinah yg miskin & tidak mempunyai tanah utk membina kediaman mereka. Mengapa Saidina Umar tidak membina masjid di tanah di Khaibar itu? Kerana keperluan ketika itu adalah utk membina rumah utk yg miskin. Mengambil kelebihan ibadah utk memudahkan kehidupan org lain. Perkara utk memudahkan org lain adalah sangat besar ganjarannya di sisi Allah swt. 

Org yg Syahid di dunia meminta drpd Allah di Syurga utk dihidupkan semula utk mati Syahid sekali lagi. 

Hadith lain yg berbentuk niat. 
A. Hadith ini membicarakan tentang hati sesaorang. Peringkat away pengharaman arak sebelum mendirikan solat. Menurut ulama berapa ramai di antara kita yg solat tetapi sekarang ini seperti org mabuk kerana tidak memahami Apa yg disebut. Lafaz لا اله الا الله - dijanjikan Syurga kpd melafazkan nya. Abu Talib - tidak melafazkan kalalimah ini Walaupun dirayu rasulullah. Jika dia melafazkannya maka terputus kehambaan terhadap berhala2 yg disembah

Sesiapa yang berazam melakukan kebaikan, tetapi tidak melakukannya. Maka Allah menulis untuknya satu kebaikan yang sempurna. Sesiapa yg berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya Allah menulis satu kebaikan yg sempurna. Dia tidak melakukan kejahatan itu kerana taqwa. Bukannya sebab lain. Ini berdasarkan Hadith berikut:

فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله عنده عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة، وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة وإن هم بها فعملها كتبها الله سيئة واحدة) رواه البخاري ومسلم.

Sesiapa yang berazam melakukan kebaikan, tetapi tidak melakukannya. Maka Allah menulis untuknya satu kebaikan yang sempurna. Seandainya dia berazam melakukan kebaikan, lalu dia melakukannya, maka Allah menulis untuknya sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda dan sehingga gandaaan yang sangat banyak. Sesiapa yang berazam melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya. Allah telah menulis untuknya satu kebaikan yang sempurna. Seandainya dia berazam melakukan kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah menulis untuknya satu kejahatan. (Riwayat Bukhari & Muslim). 

Dua lelaki yg bergaduh dgn pedang. Rasulullah mengatakan bahawa kedua-duanya masuk neraka. Kerana kedua-ditanya berniat utk membunuh yg seorang lagi. 

إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا فَالْقَ اتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ ". فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا الْقَاتِلُ فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ قَالَ " إِنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ "


Apabila dua orang Islam bertemu sambil menghunuskan pedang mereka, maka pembunuh dan yang dibunuh di neraka. Aku (iaitu Abu Bakar) bertanya: Ya Rasulullah. Ini untuk yang membunuh. Kenapa pula yang dibunuh (masuk neraka jua)? Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah berusaha untuk membunuh sahabatnya. [Sahih al-Bukhari]

Hadith Riwayat Muslim mengenai lelaki yg bersetuju meminjamkan 120 dinar kepada sepupunya yg susah & tiada makanan dgn syarat sepupunya tidur (berzina) dengannya. Sepupunya itu adalah wanita solehah. Disebabkan kemiskinan dia bersetuju. Pada malamnya ketika lelaki itu hampir melakukannya dia teringatkan Allah. Tiba2 dia sebut Aku takutkan Allah. Dia lari keluar meninggalkan sepupunya Dan dinar itu pun ditinggalkan diberi percuma kpd sepupunya. 

Dia sudah berniat utk melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya kerana takutkan Allah. Maka Allah mecatakan satu kebaikan yg sempurna buatnya. Meninggalkan kejahatan kerana taqwa kpd Allah Dan bukannya faktor lain. Contohnya meninggalkan arak kerana faktor kesihatan, bukannya kerana taqwa. 

Kuliah berikutnya: bahagian kedua dalam Hadith ini iaitu bab hijrah.


👆intisari nota Kuliah Maghrib semalam. Oleh Ustaz Abu Ammar Azraei. Semoga bermanfaat. Maaf di atas kekurangan & salah catatan yg dibuat Oleh Dr Mohd Pisal

Kuliah Maghrib. September 13, 2015
Ustaz Azrie. 300 Hadith Bimbingan

Saturday, July 25, 2015

Pesanan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur 
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
________________________________________

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."

Thursday, March 27, 2014

Keajaiban bersedekah

Keajaiban bersedekah

Amalan jadikan mukmin tenang, raih ganjaran 700 kali ganda

Dewasa ini amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara memerlukan bantuan. 

Hal ini kerana semua fahaman agama yang berbeza mempunyai prinsip amalan nilai murni yang sama. Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, malah ajaran fahaman Confucius dan Taoist juga mengajar penganutnya agar sentiasa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling dengan cara berkasih sayang dan saling membantu. 

Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat 160)

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti lebih peka terhadap kesulitan dan kesusahan dihadapi saudara seagama di seluruh dunia. Apatah lagi apabila diuar-uarkan kisah penderitaan ditanggung saudara seagama sejak lebih 60 tahun lalu, tidak lain tidak bukan, rakyat di bumi Palestin. 

Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah.

Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, tidak pula dinafikan ada segelintir masyarakat kurang prihatin terhadap impak positif amalan sedekah terhadap dirinya dan juga masyarakat. Mereka berasa harta kurang apabila memberi selain berasa takut kehilangan barang kesayangan. 

Mereka inilah yang kurang kefahaman dan keyakinan mengenai kelebihan bersedekah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Bagi yang kurang faham, bukalah hati dan minda untuk memahami betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan. Terdapat sifir mudah termaktub di dalam al-Quran di dalam Surah al-Anam, ayat 160, yang bermaksud, “Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya.”

Dalam hal ini, Pengetua Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Indonesia, Yusuf Mansur mempunyai penjelasan mengenai keajaiban sedekah.

Katanya, berdasarkan dalil al-Quran di atas, setiap kali kita memberi satu, kita akan mendapat 10. Asalnya, sekiranya kita ada 10, kita berikan satu pada orang lain yang memerlukan, baki yang kita ada ialah sembilan (10 – 1 = 9). 

Tetapi apabila kita amalkan formula sifir ini dalam konteks sedekah, nilaian satu yang kita berikan itu akan digandakan dengan 10. Oleh itu, baki yang kita miliki selepas memberi satu tadi bukan sembilan, tetapi 19.

Ini adalah jumlah yang kita miliki selepas memberi atau bersedekah (1 x 10 = 10). Natijahnya, baki yang kita ada apabila ditambah dengan gandaan 10 tadi ia menjadi 19 (9 + 10 = 19 ). Jika beri dua, maka hasilnya akan dapat 28, dan begitulah seterusnya.

Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun, ia bertambah di sisi Allah SWT, malahan ganjarannya boleh sampai sehingga 700 kali ganda. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Apabila memahami sifir sedekah di atas, maka yakinlah sedekah akan menjadikan kita kaya dengan sekelip mata. Masakan tidak kaya, apabila memberi satu, bukan berkurang, tetapi ditambah dengan gandaan 10. Malah boleh digandakan hingga 700 kali ganda. 

Justeru, jadikan amalan sedekah bukan sebagai amalan kebetulan iaitu jika tidak ke masjid, tidak bersedekah. Jika bukan hari Jumaat, tiada yang mahu disumbangkan, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian. 

Kalau tiada yang meminta, kitalah yang mencarinya. Alangkah hebatnya seorang Muslim yang tidak akan tenang hatinya jika tidak dapat memberi dalam sehari. 

Saturday, January 11, 2014

Merancang kedudukan kewangan sihat

Di manakah harus menabung wang? Adam sedia berkongsi pengalamannya dan mengingatkannya anaknya supaya tidak bersikap tamak semasa melabur dan jangan terlalu mengikut perasaan. Dua faktor yang biasanya menyebabkan orang mengalami kerugian di dalam pelaburan mereka adalah Sikap Tamak dan Takut. Hanya jika anda dapat mengawal ketamakan anda dan tidak terlalu mengikut perasaan, bolehlah anda menceburi dunia pelaburan dengan selamat. Mari kita sama-sama terokai beberapa pilihan pelaburan yang sedia ada bagi Alisa.

Pelaburan Faedah Tetap dan Tunai

Ini mungkin bentuk “pelaburan” yang paling lazim di kalangan ramai rakyat Malaysia dan merangkumi akaun simpanan bank, simpanan tetap dan pelaburan pendapatan lain seperti bon kerajaan. Pilihan ini dianggap paling selamat kerana kemungkinan anda kehilangan modal anda adalah agak tipis. Walau bagaimanapun, seperti mana kita ketahui tentang prinsip asas pelaburan, semakin kurang risikonya, semakin kuranglah pulangan yang bakal diperoleh. Mungkin pelaburan anda tidak terdedah kepada sebarang risiko, tetapi mengikut edaran masa, masih wujud risiko terhadap nilai sebenar modal anda – risiko inflasi!
Jadi, melabur jumlah wang yang besar di dalam kategori ini bukanlah langkah yang bijak. Meskipun begitu, ia masih pelaburan yang menjadi pilihan atas sebab-sebab berikut:
Digunakan sebagai akaun transaksi
Untuk menyimpan wang tunai bagi belanja jangka pendek dan sebarang kecemasan
Bagi simpanan jangka pendek sekiranya anda tidak mampu mendedahkan modal anda kepada sebarang risiko

Saham

Ini merupakan jenis pelaburan yang paling “hangat” dan apabila pasaran ”panas”, seolah-olah semua orang mempunyai “maklumat penting” yang boleh membantu. Ramai daripada kita melabur wang hasil titik peluh kita di dalam pelaburan sedemikian tanpa mengetahui apa-apa tentangnya – kita semua hanya mahu mendapat wang dengan cara senang. Sebenarnya, saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau stok) mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat dan apabila anda membeli sahamnya, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat tersebut. Jika syarikat itu meraih keuntungan, anda berpeluang mendapat hasil daripada peningkatan dalam harga sahamnya (perolehan modal) atau dalam bentuk pembayaran dividen (pendapatan). Sebaliknya, jika syarikat itu mengalami kerugian, pelaburan anda juga akan turut terjejas apabila nilai sahamnya jatuh.
Pastinya anda telah banyak dengar nasihat pakar tentang “Beli pada Harga Rendah dan Jual pada Harga Tinggi” dan ini mungkin kelihatan mudah untuk dilakukan. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita kelihatan seolah-olah melakukan perkara yang bertentangan pula , bukankah begitu? Adam ada sedikit nasihat tentang Pelaburan Saham kerana jenis pelaburan ini telah membantunya membina jumlah kekayaan yang agak besar. Berikut adalah beberapa daripada perkara yang dilakukannya:
Buat kajian sebelum melabur - ketahuilah bagaimana syarikat tersebut membuat duit serta prospek masa depannya
Tetapkan sasaran pulangan anda – ketahuilah bila masanya untuk meraih keuntungan dan jangan sekali-kali bersikap tamak
Tetapkan tahap kerugian anda – ketahuilah bila masanya untuk menghindari kerugian yang lebih besar dan jangan terlalu mengikut perasaan
Jika anda yakin tentang prestasi sesebuah syarikat serta prospek pertumbuhannya, anda mungkin ingin mengguna pakai strategi “Beli & Simpan” bagi jangka masa panjang

Dana Amanah Saham

Bentuk pelaburan ini telah mendapat banyak perhatian sejak kebelakangan ini dan berjaya menarik sebahagian besar daripada pelaburan. Ini khususnya skim-skim pelaburan kolektif dan dananya digabungkan dan diurus oleh pengurus dana profesional bagi pihak pelabur amanah saham. Dana dilabur mengikut objektif pelaburan dan bergantung pada risiko pilihan anda, kerana anda mempunyai pilihan memilih daripada pelbagai dana yang ditawarkan di pasaran.
Pelaburan di dalam Amanah Saham mungkin sesuai bagi mereka yang:
Baru kepada dunia pelaburan
Tidak tahu atau tidak mahu tahu cara melabur sendiri dan sanggup mendapat khidmat pengurus dana profesional dalam pemilihan pelaburan
Mempunyai sejumlah wang yang kecil untuk melabur (dengan mempunyai pilihan untuk membuat sumbangan tambahan secara tetap)
Sedang mencari kepelbagaian untuk meminimumkan risiko
Sebenarnya, Alisa sudah pun menabung wangnya di dalam pelaburan sedemikian kerana Amanah Sahamnya adalah suatu bentuk skim pelaburan Unit Amanah.

Harta Tanah

Ini satu lagi kelas pelaburan yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang tidak mempunyai jumlah wang yang besar untuk dilabur. Malah, banyak seminar telah diadakan untuk mengajar orang cara meraih keuntungan daripada pelaburan harta tanah dan terdapat banyak kisah kejayaan mengenai cara para jutawan telah lahir daripada pelaburan harta tanah. Sama seperti Saham, harga harta tanah boleh turun naik dan terdapat tempoh-tempoh hasil pulangan yang tinggi mahupun yang rendah. Oleh itu, pelaburan harta tanah secara amnya adalah pelaburan jangka masa panjang yang agak sesuai.
Kita biasanya dengar tentang klise Peraturan Penting bagi Pelaburan Harta Tanah: Lokasi, Lokasi dan Lokasi! Itulah hakikatnya dan anda betul-betul perlu mempunyai mata yang tajam serta nasib yang baik dalam bidang pelaburan harta tanah ini. Pelaburan harta tanah pada amnya sesuai bagi pelabur yang:
Tidak memerlukan pengeluaran wang bagi sebarang "kecemasan"
Mempunyai horizon pelaburan jangka masa panjang
Mempunyai keupayaan untuk menjelaskan semua pembayaran balik gadai janji - walaupun kadar faedah semakin naik atau harta tanah tersebut tidak disewa oleh sesiapa.

Kata-kata Hikmah

Selepas mendengar kata-kata ayahnya tentang pilihan-pilihan pelaburan yang sedia ada, Alisa lebih cenderung ke arah pelaburan dalam harta tanah. Dia terfikir bagaimana cara dia boleh “berkecimpung’ di dalam bidang tersebut dan mula menjadi seorang Tuan Tanah (atau Puan Tanah, dalam kes ini!) Kita akan mendalami topik ini dalam artikel yang seterusnya tetapi sementara itu, anda boleh berfikir lanjut tentang jenis-jenis pelaburan yang paling sesuai bagi profil risiko peribadi anda dan keperluan spesifiknya.

Nasihat Ayah:

  1. Jangan Bersikap Tamak dan Jangan Terlalu Mengikut Perasaan Semasa Melabur
  2. Biarlah Wang Anda Mendapatkan Pulangan Yang Setimpal, lebih-lebih lagi, Mendapat Pulangan Yang Lebih Tinggi Lagi.
  3. Buatlah Kajian Dan Persediaan Terlebih Dahulu!

Merancang kedudukan kewangan sihat

Petikan artikel dari Harian Metro, 18 Februari 2013

Anda tidak boleh mencapai kedudukan kewangan yang sihat jika anda tidak merancang.

Bagaimana caranya untuk mengetahui jika anda mempunya kedudukan kewangan yang sihat atau tidak. Berikut adalah ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai panduan/

1. Kebolehan untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna
Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai hutang pengguna. Kebanyakannya mungkin mempunyai kad kredit (bukan satu, malah beberapa!), dan sesetengahnya pula menanggung hutang yang tertunggak dari satu bulan kepada satu bulan yang lain. Kereta yang dibeli melalui sewa beli juga adalah satu jenis hutang.

Hutang pengguna didefinasikan sebagai proses meminjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membelinya. Golongan muda yang baru bekerja akan menggunakan kemudahan hutang pengguna untuk membeli peralatan rumah yang baru atau kereta. Terdapat juga golongan pekerja yang bergantung kepada hutang untuk menyara hidup sehingga akhir bulan kerana masalah kewangan. Oleh sebab terlalu berganting kepada hutang pengguna mengakibatkan mereka menghadapi kegawatan kewangan.

2. Keupayaan memiliki rumah bebas hutang sebelum bersara
Anda hidup pada zaman yang berbeza daripada zaman nenek moyang anda. Begitu juga dengan cara untuk memiliki rumah adalah berbeza. Pada hari ini, dengan membayar 10 peratus sebagai wang pendahuluan (sesetengah tidak mengenakan pendahuluan langsung), anda sudah boleh memiliki rumah. Sepatutnya bayaran ansuran rumah habis dibayar semasa bersara, tetapi sekarang institusi kewangan mungkin akan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga anda berumur 75 tahun! Kemudahan ini mungkin menyebabkan jumlah ansuran bulanan semakin rendah, tetapi ini juga bermakna anda tidak boleh bersara sehingga anda mencapai usia 75 tahun!

Keadaan kewangan seseorang berada pada tahap optimum apabila ia tidak perlu lagi membayar hutang rumah selepas bersara. Pilihan lain ialah anda mempunyai dana yang boleh menjana pendapatan yang boleh membayar ansuran bulanan semasa bersara. Walau apapun caranya, anda dapat bersara tanpa hutang.

3. Keupayaan untuk menikmati persaraan yang terjamin dan dihormati
Kajian menunjukkan kurang daripada 5 peratus individu yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. Sebahagian daripadanya akan mengalami keadaan kewangan yang mengecewakan! Oleh itu menabunglah duit sebanyak boleh ketika anda masih boleh manjana pendapatan. Seperti kata pepatah “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!”

4. Keupayaan untuk memberi pelajaran anak-anak yang menjamin pekerjaan
Anak-anak dan cucu-cucu anda memerlukan persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang akan menjamin masa hadapan mereka. Oleh itu, anda perlu melabur dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada keluarga anda agar ia dapat memberikan pulangan yang baik pada masa hadapan.

Graduan universiti boleh menjana pendapatan lebih daripada dua kali ganda pendapatan seumur hidup seorang lepasan SPM dan empat kali ganda pendapatan seumur hidup bagi mereka yang berhenti sekolah tanpa sebarang kelulusan. Sebaik-baiknya anda telah menyediakan dana apabila kegunaannya diperlukan. Anda patut melatih anak-anak anda supaya mereka mampu memilih jalan yang boleh membawa kepada kehidupan yang baik.

5. Keupayaan untuk membayar secara tunai barangan runcit
Kehidupan seharian memerlukan perbelanjaan harian. Adalah penting bagi seseorang yang mempunyai kewangan yang baik membayar secara tunai untuk barangan yang diperlukan. Anda mungkin membayar barangan runcit dan barangan keperluan dengan kad kredit, tetapi pastikan anda membayar penuh pada setiap bulan. Jikalau tidak, kadar faedah ke atas tunggakan baki kad kredit anda akan meningkatkan jumlah perbelanjaan anda.

6. Keupayaan untuk bertahan ketika menghadapi kecemasan
Kebanyakan kegawatan kewangan bersifat jangka pendek. Keluarga yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh mempunyai persedian sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan mereka daripada “dana kecemasan”. Kehilangan pekerjaan, dibuang kerja atau diturunkan taraf kerja adalah sesuatu yang di luar jangkaan, dan ia tidak sepatutnya boleh menggugat kehidupan anda.

Sesebuah keluarga mungkin boleh ditimpa kemalangan, mala petaka semula jadi atau krisis kewangan yang teruk. Keluarga yang mempunyai keadaan kewangan yang sihat boleh mengharungi cabaran ini.

7. Keupayaan untuk hidup sepenuhnya, termasuk percutian, rekreasi dan aktiviti keluarga
Kehidupan akan terus berlalu sama ada anda mempunyai perancangan ataupun tidak. Oleh itu, anda perlu berhati-hati menjalani kehidupan pada masa ini dan bersikap beringat-ingat untuk menjalani kehidupan yang akan datang. Orang yang mempunyai kedudukan kewangan yang sihat dapat mengimbangi pengalaman peluang masa kini sambil membuat persiapan untuk masa akan datang. Sesetengah orang berpendapat bahawa semua keluarga harus pergi bercuti setiap tahun. Percutian, rekreasi dan masa rehat adalah bergantung kepada kedudukan kewangan yang sihat.

Simpan, jimat + jana duit 21 hari

Adakah anda sering rasa buntu mengenai keadaan kewangan anda? Apa kata cuba ikuti aktiviti 21 hari untuk menyimpan, berjimat dan menjana duit ini untuk memperbaiki kewangan anda.
HARI 1: Jejak segala perbelanjaan anda 
Tidak kira perbelanjaan besar atau kecil, catitkannya dan jejak wang keluar dari poket atau bank anda. Setiap transaksi perlu direkodkan kerana sekiranya anda tidak menjejaki kewangan anda, anda pasti akan lupa dan tidak tahu ke mana wang anda pergi di hujung bulan! 
HARI 2: Simpanan secara automatik 
Lakukan simpanan secara automatik. Lakukan arahan kepada bank anda untuk membuat pemindahan wang secara automatik setiap bulan. Dengan cara ini, ia memberi jaminan pada diri anda sendiri untuk sentiasa menyimpan sejumlah wang setiap bulan. 


HARI 3: Laburkan wang simpanan 

Bukan saja menyimpan wang, pastikan wang yang disimpan dilaburkan. Tidak perlu melabur pada sesuatu yang anda tidak faham seperti pasaran saham. Mula membaca dan memantau pelaburan seperti unit amanah atau dana bersama. Kunjungi bank dan pelajari risalah mengenai jenis pelaburan yang disediakan. 


HARI 4: Simpan wang untuk kecemasan 

Mulakan simpanan wang untuk kecemasan. Sebagai tambahan, ini adalah satu keutamaan kerana malang tidak berbau. Sebaiknya, ketepikan perbelanjaan anda sekurang-kurangnya untuk enam bulan akan datang. Dana ini adalah dana kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga pada punca pendapatan anda. 


HARI 5: Rancang perbelanjaan anda 

Lakukan perancangan yang rapi berhubung perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Fikirkan wang masuk dan wang keluar untuk beberapa bulan akan datang dan lakukan bajet supaya dapat mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan akan datang di samping tidak mengganggu perancangan menyimpan anda. Tanpa perancangan wang, anda merancang untuk gagal dalam hal kewangan. 


HARI 6: Hentikan penggunaan kad kredit 

Bagi mereka yang sering menggunakan kad kredit, pasti ini agak sukar. Tetapi untuk berjaya dalam kewangan, sememangnya perlu lakukan perkara yang susah. 

Hentikan penggunaan kad kredit terutama dari segi pembelian barangan yang tidak diperlukan. Bulan ini, tinggalkan kad kredit di rumah dan gunakan tunai untuk transaksi. 


HARI 7: Hentikan keahlian yang tidak digunakan 

Anda memiliki keahlian kelab, gimnasium, hiburan atau sesuatu yang anda sendiri tidak gunakan tetapi melakukan bayaran bulanan? Hentikannya. 

Sekiranya ada, kita sering melewat-lewatkan masa untuk menghentikannya. Kali ini, anda hentikan tanpa perlu berfikir panjang. 


HARI 8: Hentikan perbelanjaan harian kecil yang tidak diperlukan 

Pembelian harian ini mungkin membabitkan gula-gula, majalah ataupun sekotak rokok. Anda juga boleh menghentikan lawatan ke kedai mamak dan kurangkan makanan yang tidak sihat. 

Mengurangkan perbelanjaan yang kecil di sana dan sini, akhirnya akan membuatkan simpanan yang besar. 


HARI 9: Jaga kesihatan dan kurangkan perbelanjaan 

Jaga kesihatan, lakukan senaman setiap hari dan amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan gula. Dengan menjaga kesihatan, pastinya kos perbelanjaan perubatan juga akan diminimumkan pada masa akan datang. 


HARI 10: Simpan untuk hari tua anda 

Buka tabung untuk hari tua anda. Mungkin anda sudah mempunyai simpanan KWSP, tetapi sering kali simpanan KWSP tidak mencukupi apabila bersara kelak. 

Lakukan simpanan khas berasingan kerana tiada kemudahan pinjaman untuk bersara kelak. 


HARI 11: Urus bayaran hutang anda 

Anda mempunyai hutang rumah, kereta atau kad kredit? Tiba masanya untuk anda menguruskannya dengan lebih strategik. Pelajari bayaran faedah yang diperlukan. 

Sekiranya boleh dan berbaloi, ubah pinjaman anda ke institusi kewangan yang menawarkan faedah yang lebih rendah. Kemudian dengan cara strategik, lakukan bayaran balik secepat mungkin mengikut kemampuan anda. 

Wang yang anda jimat daripada cabaran hari yang lepas boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat. 


HARI 12: Tawar menawar 

Jangan lupa tawar menawar apabila membeli barangan di kedai. Bunyinya agak kedekut bagi sesetengah orang, tetapi sering kali sekiranya anda bijak menawar, pastinya penjual boleh memberi sedikit diskaun walaupun kecil. 

Jangan lupa, simpanan yang sedikit akan menjadi pelaburan yang besar kelak. 


HARI 13: Telefon bimbit dan siaran televisyen 

Periksa kembali pakej telefon bimbit dan siaran televisyen anda. Adakah ia pakej terbaik dan anda gunakan secara optimum? 

Adakalanya anda boleh kurangkan pakej bayaran telefon bimbit dan juga siaran televisyen kerana anda tidak menggunakannya secara optimum. Mana tahu, ada saluran yang anda tidak pernah buka dan anda boleh memotongnya sekali gus menjimatkan belanja bulanan. 


HARI 14: Cari jualan istimewa 

Apabila perlu berbelanja, cari tempat yang menawarkan harga istimewa. Begitu juga dengan makan minum, terdapat restoran yang menawarkan harga diskaun pada waktu dan hari tertentu. Tugas anda adalah berbelanja dengan penuh hemah dan merancang tempat dan masa anda perlu melakukan pembelian untuk menjimatkan wang. 


HARI 15: Tambahkan nilai diri anda 

Pelajari skil baru. Dengan menambahkan ilmu, anda akan dapat menambahkan nilai anda dalam sesuatu industri. 

Menerusi tambahan nilai itu, ia meletakkan anda dalam keadaan yang lebih baik untuk dinaikkan pangkat ataupun sekiranya menjalankan perniagaan, menambahkan bayaran untuk perkhidmatan perniagaan anda. 

Apakah tempat terbaik untuk melaburkan wang anda? Laburkan pada ilmu untuk meningkatkan nilai diri anda. 


HARI 16: Hentikan perbelanjaan emosi 

Tidak kira lelaki atau wanita, manusia adalah insan yang beremosi. Ketika membeli juga adalah keputusan emosi yang sering menguasai diri. Perhatikan keadaan apabila anda ingin membeli sesuatu yang mengikut emosi dan bukan sekadar logik. Dikhuatiri keputusan pembelian mengikut emosi satu keputusan yang silap. 

Tunggu sebelum membeli. Sekiranya ingin membeli sesuatu yang agak tinggi harganya, tunggu seminggu sebelum membeli supaya dapat memikirkan keputusan itu dengan lebih mendalam. 


HARI 17: Minta kenaikan gaji 

Ya, sekiranya anda rasakan nilai anda bertambah lebih daripada apa yang dibayar, apa kata duduk dan berbincang dengan majikan secara baik. Berikan sebab anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji berserta rekod dan bukti pencapaian anda. 

Kalau anda tidak minta kenaikan, sudah pasti tidak dapat. Tetapi sekiranya anda minta, peluang untuk mendapat kenaikan sudah ada. 


HARI 18: Belajar cara menjana pendapatan sampingan 

Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan anda. Daripada hanya bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat pendapatan tambahan. 

Mungkin anda boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, perniagaan Internet atau menawarkan sebarang perkhidmatan mengikut kebolehan dan skil anda. 


HARI 19: Biayai semula pinjaman rumah 

Pernah anda terfikir mengenai pembiayaan semula pinjaman rumah anda? Prosesnya menjadi semakin mudah namun anda perlu mengetahui sama ada langkah itu berbaloi mengikut keperluan anda jangka panjang. Membiayai rumah dapat mengurangkan bayaran bulanan rumah anda. 


HARI 20: Pelaburan yang lain 

Mungkin tiba masanya untuk anda lebih mendalami pelaburan. Sekrianya selama ini hanya melabur di institusi kewangan, apa kata anda mula pelajari pelaburan hartanah, emas, perak, saham dan pelbagai bentuk pelaburan lain. 

Terdapat banyak platform pelaburan untuk dipelajari. Apa yang penting,cari ilmu terlebih dulu dan lakukan pelaburan mengikut minat anda dan bukan kata-kata orang. 


HARI 21: Belanja diri anda! 

Ya, walaupun perkongsian 21 hari ini lebih kepada menjimat, menyimpan dan menjana wang, jangan lupa juga ada masanya anda perlu belanja diri anda sendiri sebagai ucapan tahniah kepada anda kerana berjaya mengawalkewangan anda. 

Cuma jangan jadikan ini alasan untuk berbelanja besar. Belanja diri sendiri mengikut kemampuan asalkan anda bahagia dan teruskan momentum menjimat, menyimpan dan menjana pendapatan diri anda untuk hari yang akan datang!

Popular Posts

Recent Posts

-

Unordered List

-

Text Widget




tracker

minyak kelapa dara biovco
BioVCO Groups
>> KLIK DISINI


penyakit resdung, sinus
twitter

Featured Video

Featured Video

Find Us On Facebook



Custom Search

Advertisement

Pengikut

Jalan menuju TAQWA

Popular Posts

Video Of Day