Ramai yang tersilap tanggapan mengenai perniagaan internet, mereka mengandaikan bahawa ia akan bergerak sendiri tanpa sebarang usaha. Terdapat berjuta-juta halaman web diseluruh dunia, halaman web kita adalah salah satu daripadanya. Apakah pengguna internet akan mencari halaman web kita? sudah tentu ia mustahil untuk berlaku.
Apa yang perlu kita lakukan ialah memaklumkan tentang wujudnya website kita. Ia boleg dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti melalui email, forum, group atau seo dan sebagainya. Melaluinya barulah pelawat akan datang untuk memperolehi maklumat didalam website tersebut. Pemilik website perlu berusaha dan memantau perkembangannya selepas sesuatu promosi dibuat dan ia perlu dilakukan secara berterusan agar pelawat-pelawat website sentiasa datang dari masa kesemasa.