Ads

Sunday, February 10, 2019

10 Amalan Ahli Syurga

Pertama :

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

Keempat :

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki...

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..

Keenam 

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang ss
sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yng penuh dng dosa akan menyebabkan nor hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dng istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kelapan

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh

Sebarkan salam kepada orng yng kita kenal atau pun kepada orng yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan

Sebarkanlah ilmu ini 



Saturday, February 9, 2019

Saat Kematian, Adakah Kita Menyedarinya?

Maut, mati dan ajal, semua orang ngeri mendengarnya. Ketika menyebut perkara ketentuan Yang Maha Esa ini, semua orang akan tertanya-tanya, bilakah hayat mereka akan tiba penghujungnya. “Destinasi terakhir” ini sememangnya tidak boleh dipilih kerana ia telah pun ditetapkan oleh sang Pencipta.
Yang pasti,  dalam  berlumba-lumba menyasarkan arah kemahuan, secara tiba-tiba “kad jemputan” dari-Nya diedarkan melalui perantaraan malaikat Izrail.  Ketika itu, tiada apa yang dapat dilakukan selain “menghadiri” jemputan tersebut dengan iringan air mata serta setangkai doa daripada kenalan-kenalan yang disayangi.
Apakah itu maut ?
Menurut buku nukilan Abdul Hayyi Al-Farmawy, Persediaan Menghadapi Mati, maut  bermaksud berpisahnya roh dengan badan. Roh inilah asal dan manusia yang sebenar.  Badan atau tubuh yang zahir hanya alat yang digunakan roh untuk berbuat sesuatu sama ada taat atau maksiat sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 yang bermaksud “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai suatu fitnah (cubaan yang sebenar-benarnya), dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan”.
Para saintis barat mendefinisikan mati sebagai satu perkara yang tidak terdaya untuk melakukan apa sahaja, seperti makan, minum dan menguruskan kehidupan seharian. Hal ini kerana bagi mereka, mati yang sebenar adalah apabila keseluruhan sel-sel dalam badan sudah tidak boleh berfungsi lagi akibat perkara-perkara yang tertentu.
 Tanda-tanda kematian sahabat Rasulullah saw
Bukan sahaja manusia biasa, malah para sahabat Rasulullah saw mempunyai tanda-tanda kematiannya yang tersendiri. Sahabat terapat baginda, Abu Bakar As-Siddiq pernah menyatakan satu riwayat mengenai hampirnya saat kematian dengan semua makhluk tidak kiralah manusia dan haiwan. Riwayat itu adalah “Setiap orang akan bangun pada setiap pagi melainkan hampirnya ambang kematian, yang diibaratkan dengan sepasang selipar dengan selipar yang lain. Sentiasa ingatlah dengan kematian, persiapkan diri dengan taubat dan kembalilah kepada Allah dengan amalan yang soleh.”
Sebahagian para sahabat Nabi Muhammad saw juga mempunyai tanda kematiannya tersendiri berdasarkan mimpi, kata-kata dan pesanan yang boleh dijadikan pendoman hidup. Antaranya:
Abu Bakar As-Siddiq
Sahabat yang paling rapat dengan baginda saw. Beliau yang merupakan khalifah Islam pertama menemui ajalnya kerana sakit. Sewaktu kesakitannya makin tenat, dia bertanya kepada puterinya Aisyah r.’anha :
“Hari apakah ini, Aisyah?”
Aisyah menjawab : “Hari Isnin”
Beliau bertanya, “Pada hari apakah Rasulullulah wafat?”
Aisyah menjawab : “Baginda wafat pada hari Isnin,”
Mendengarkan jawapan itu, Abu Bakar pun berkata, “Sesungguhnya ayahmu ini berharap semoga dapat mengadap Allah antara saat ini dan malam ini.”
Dalam kesakitan yang tidak berapa lama itu, Abu Bakar sempat mewasiatkan seorang hambanya yang berkulit hitam supaya berkhidmat kepada Umar. Di samping itu, hamba tersebut juga pandai membuat pedang untuk kegunaan di jalan Allah.
Sebelum meninggal, Abu Bakar meminta puterinya mengambil kembali apa-apa pemberian kepadanya agar dapat dijadikan memori ketika pemergiannya nanti.
Abu Bakar meninggal dunia pada malam Selasa, seperti apa yang diharapkannya. Jenazah beliau dikebumikan di samping makam Rasulullah s.a.w. di mana kepala beliau disemadikan sama tara dengan Rasulullah s.a.w., seperti yang diminta olehnya ketika pada penghujung hayatnya.
Umar Al-Khattab
Pemimpin khalifah Islamiyah kedua ini merasai kedatangan ajalnya melalui mimpi ketika sedang nyenyak beradu. Dalam mimpi tersebut, beliau telah dipatuk tiga kali oleh seekor ayam jantan. Sungguh pun aneh, Umar memandang mimpinya sebagai satu petanda yang hayatnya tidak lama lagi.
Sewaktu beliau mengimamkan sembahyang subuh, beliau ditikam oleh Abu Lukluah sebanyak tiga kali, sama situasi dan bilangannya seperti dipatuk ayam dalam mimpinya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Saiyidina Umar  meminta puteranya Abdullah pergi berjumpa Ummu Al-Mukminin Aisyah r.’anha agar memohon dapat disemadikan di samping kubur Saiyidina Abu Bakar sebagai tanda pernah menduduki takhta khalifah.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Umar juga turut sempat berpesan kepada pelantik khalifah untuk menggantinya. “Barang siapa yang diangkat menjadi khalifah oleh mereka, maka dialah khalifah penggantiku yang sah. Dengarlah segala katanya dan taatilah segalah perintahnya !”
Uthman bin Affan r.a
Uthman bin Affan merupakan pengganti Umar sebagai khalifah Islam yang ketiga. Pernah diriwayatkan dalam sebuah cerita, Uthman mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu pernah mengkhatamkan kitab suci Al-Quran dalam solat witirnya di hadapan Kaabah. Beliau juga merupakan menantu Rasulullah s.a.w. serta pemurah orangnya.
Abdullah bin Umar pernah menceritakan bahawa ketika Uthman sedang tidur di awal dinihari Jumaat, beliau bermimpi bertemu Rasulullah dan mengajaknya untuk berbuka puasa di rumah baginda.
Setelah menerima mimpi tersebut, beliau pun berpuasa dan memberitahu mimpi tersebut kepada orang ramai. Dan malang tidak berbau, apabila pada hari itulah juga beliau meninggal dunia akibat dibunuh oleh beberapa pemberontak angkara mempercayai fitnah kaum Yahudi. Ketika kejadian itu, beliau sedang khusyuk membaca Al-Quran.
Ali bin Abi Talib
Kanak-kanak pertama memeluk agama Islam. Semasa hayatnya, beliau begitu cerdas dan pintar melantunkan kata-kata hikmah yang mendalam. Beliau adalah sepupu Rasulullulah dan merupakan suami Siti Fatimah, puteri  yang amat disayangi baginda.
Sebagaimana khalifah-khalifah yang lain, Ali juga tidak terlepas daripada menjalankan tugasnya sebagai imam sembahyang sejurus selepas diangkat sebagai khalifah yang keempat.
Akan tetapi lain pula sikapnya pada suatu Subuh. Amat berat sekali Ali untuk bangun daripada tidurnya sehingga memaksakan Ibnu An-Nubaah melaungkan azan sebanyak tiga kali. Lantaran itu, Ali pun ke masjid dengan menyairkan kata-katanya iaitu “Kuatkan tekadmu menghadapi kematian, kerana sesungguhnya maut akan meragutmu, dan janganlah kamu gundah-gulana dek kematian apabila kelak dia turun di lembahmu.”
Sesampainya Ali di pintu masjid tersebut, secara tiba-tiba beliau ditikiam oleh Abdul Rahman Muljam dari kumpulan Khawarij yang telah lama menunggu dan mengintai kedatangannya ke masjid itu.
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Saiyidina Ali sempat meninggalkan kata-kata mutiaranya buat keluarga dan sahabat handai yang berbunyi : “Kekayaan yang paling berharga adalah akal (bila dia dipergunakan), kefakiran yang paling ketara ialah kedunguan (kebodohan), mengasingkan diri yang paling terasing ialah ujub (menghairani kebolehan diri tanpa menyandarkannya kepada Allah) dan kemuliaan yang paling mulia ialah indah budi pekerti,”

4 Ciri Orang Yang Bertaqwa

Di antara ciri-ciri taqwa adalah :

1.      Ingat dua perkara
2.      Lupa dua perkara
3.      Menyukai apa yang Allah suka
4.      Membenci apa yang Allah benci

1. Ingat Dua Perkara

a. Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak se­timpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita. Itu terhadap kebaikan dan jasa manusia.

Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha: 11)

Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita. Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.

b. Kedua: Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf. Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia.

Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan keder­hakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa­dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.

2. Lupa Dua Perkara

a. Pertama: Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kem­balikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang.

Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang. Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.

b. Kedua: Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggap­lah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.

Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan, ujian, musibah atau mala-petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan. 

Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.

3. Menyukai Apa Yang Allah Suka

Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka. 

Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Itu cara kita hendak meng­hiburkan Allah. Itu manifestasi dari cinta kita yang menda­lam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.

Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi per­timbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.

4. Membenci Apa Yang Allah Benci

Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. 

Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. 

Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang men­dalam.


Popular Posts

Recent Posts

-

Unordered List

-

Text Widget

Sponsor




tracker

minyak kelapa dara biovco
BioVCO Groups
>> KLIK DISINI


penyakit resdung, sinus
twitter

Featured Video

Featured Video

Advertisement

Pengikut

Jalan menuju TAQWA

Popular Posts

Video Of Day